Monday 28 April 2014

Drama sebabak

Tidak mahu bersesak dengan orang ramai, Fiya beredar ke meja makan yang terletak di penhujung kedai itu. Di atur langkahnya dengan cermat bersama dulang di tangan. Aroma mee rebus begitu membangkitkan selera. Kecur air liur dibuatnya.
Sampai saja di laluan masuk ke kedai, langkahnya dihalang oleh susuk tubuh sseorang. Kakinya membrek, perlahan- lahan badannya berundur ke tepi, memberi laluan kepada empunya diri di hadapannya.
‘Fuhh, nasib aku on slow motion, kalau tidak, jadi drama sebabak la dalam kedai ni. Mee rebus ohh mee rebus, ‘selamat’ jugak masuk dalam perut aku nanti.’  
Fiya bergerak ke kiri. Serentak si dia ke kiri juga.
Fiya ke kanan.
Si dia ke kanan.
Fiya ke kiri lagi, si dia turut ke kiri.
Aikk, macam berpakat pulak aku ‘ke kiri ke kanan’ dengan makhluk di hadapannya.
Fiya jongket kening. Saat mata menangkap wajah empunya diri di hadapannya, hatinya tiba- tiba terasa geram. Geram yang tidak direka-reka untuk senyuman yang begitu menjengkilkan pandangan matanya.
‘ Tak nampak  ke I nak lalu?’ Kasar Fiya menghulurkan kata sambil menjeling ke arahnya.
‘ Rasanya you yang tak nampak I kot... yang handsome ni.’ .jawabnya diiring  ketawa kecil.
Fiya membulatkan mata mendengar pengakuan darinya.
‘ Whatt? Handsome tang mana dia tu? Macam mamat tiga suku je aku tengok. Setakat bergaya dengan ray ban sunglasses, dia ingat hati aku yang beku ni boleh cair ke.. boleh blahh lah wahai jejaka yang terlebih perasan.
‘ Erkk, austhagfirullahal azim.’ Fiya beristigfar panjang.
‘ I rasa kornea mata you yang tak boleh nak detect image sebab terlindung dengan ray ban. Tak kan cuaca mendung macam ni… kena pakai ray ban jugak ke?’
Banyak mata-mata yang memandang ke arah mereka. Muka si dia memerah. Mungkin rasa ‘terkena’ dengan sindiran tadi.
‘ Mulut you nie memang tak  renew insurances ke? Kalau mulut mak nenek tu masih ada ‘adat sopan, budi bahasa bila bercakap.’
Dia bidas perlahan sebelum mengatur langkah ke dalam. Fiya terkedu. Terasa bila disindir begitu. Meruap- ruap kemarahan di dalam hati.
‘ Sabar Fiya.. sabar.. Upgrade tahap kesabaran. Ada hari boleh balas’. Bisik hati kecilnya

No comments:

Post a Comment